Powered by Blogger.
RSS
Sekadar perkongsian untuk rujukan bersama..

Kelas Antenatal Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah @ Hospital Likas

Sedey plak bila plan x menjadi..dari awal lagi suda buat sedikit pembacaan tentang Kelas Antenatal yang perlu dihadiri oleh pasangan yang berhajat untuk membawa pasangan masuk ke labor room nti..
Masa d Klinik 1Malaysia Tg. Aru, nurse suda bgtau kena daftar awal takut kelas dah penuh..
then bila dah 'menumpang berklinik' di KKIA Pekan ni 2,3x la jugak suda tnya tapi nurse bgtau AWAL LAGI utk hadir kelas antenatal.. hmmmm nampaknya bukan rezeki untuk menghadiri kelas tersebut.

Bagi para pasangan yang bakal menimang cahaya mata, sedang mengandung & plan untuk melahirkan di Hospital Likas better call & buat pendaftaran awal atau walk in tros buat temujanji.

Talian Klinik O&G Hospital Likas : 088 522 693

Silap saya jugak percaya sgat dengan nurse tu bila dia kata AWAL LAGI | KELAS TU SETIAP SABTU | boleh WALK IN tunggu jak nanti saya bagi tarikh.  tapi bila tnya nurse lain, rupanya kena DAFTAR sindrik lak.

Bagi yang berkesempatan DISEMBER 2016 kelas masih ada kekosongan lagi, silalah call talian di atas ya..

Sharing Link dari Babycenter.com..

Mengapa pergi kelas pranatal?

Kelas-kelas pranatal membantu anda fokus pada kehamilan, proses pelahiran dan bersalin yang akan anda hadapi. Ia juga merupakan acara sosial yang bagus untuk anda berjumpa dengan bakal-bakal ibu bapa yang lain.

Pengisian setiap kelas mungkin berlainan, tetapi sepatutnya merangkumi perkara berikut:
  • penjagaan semasa hamil;
  • maklumat mengenai proses pelahiran dan bersalin;
  • maklumat umum mengenai prosedur perubatan dan intervensi;
  • kajian terkini mengenai persiapan fizikal, mental dan emosi bagi menghadapi proses pelahiran dan bersalin;
  • nasihat mengenai teknik-teknik bertenang;
  • peluang untuk membincangkan pilihan untuk bersalin dan posisi-posisi yang berlainan;
  • panduan untuk memilih ubat penahan sakit;
  • peluang untuk belajar dan mencuba teknik-teknik urutan dan pernafasan semasa sakit bersalin;
  • masa untuk bertanya soalan dan membincangkan keputusan yang anda mungkin perlu ambil semasa proses pelahiran;
  • membincangkan perubahan yang anda mungkin alami selepas bersalin dan fasa awal keibubapaan;
  • penyusuan badan dan aspek-aspek penjagaan bayi baru lahir.
Tidak kiralah bagaimana kelas itu dikendalikan, matlamatnya ialah supaya anda dan suami mendapat kemahiran dan keyakinan yang diperlukan untuk menjadikan proses bersalin itu satu pengalaman yang postif.

http://www.babycenter.com.my/a1053820/kelas-kelas-pranatal#ixzz4L3aGkaMO

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: