Powered by Blogger.
RSS
Sekadar perkongsian untuk rujukan bersama..

Disenangi Rakan Pejabat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera u olss..

lama xupdate blog..wanna blog dis & kredit to Tip Kerjaya by Salwana Mohammad (Majalah Keluarga)

Benar, pejabat adalah tempat mencari rezeki tetapi jangan itu digunakan sebagai alasan untuk menjadi kera sumbang / bodoh sombong / seperti melepaskan batuk di tangga.

bak kata bidalan, berkawan biar beribu.  lagipun kita kan saudara sesama ISLAM.  kalo kita sendiri pun saling kutuk-mengutuk di belakang orang, jangan marah bila DIRI dikutuk/dikeji kemudian hari..

5 Perkara agar kita disenangi rakan pejabat :

  • Melemparkan Senyuman Manis.  Senyuman kan sedekah, mungkin dengan senyuman boleh membuka jalan untuk mengenali orang lain.  Keterbegantungan kepada SEORANG teman sepejabat sahaja akan menyebabkan anda terkontang-kanting di kemudian hari.
  • Ramah & Bergaul Mesra, tetapi jgan over ramah or berpura-pura ramah untuk mengorek cerita orang lain untuk disebarkan di luar sana.   
  • Ringankan mulut bertanya.  Apa salahnya saling tolong-menolong dalam membuat sesuatu tugasan.  Perkara yang 30 minit boleh siap dalam masa 15 minit sahaja!
  • Menyertai Aktiviti di tempat kerja.  Banyak aktiviti yang boleh kita join spt puspanita (untuk wanita), sukan, larian, camping, kursus, aerobik dll
  • Tidak memilih bulu.  Janganlah duduk spt katak di bawah tempurung kelapa! Come on larr, its 2012 oredy.
saya pun bukan terlalu arif dalam benda ni, tapi insyaAllah sekiranya kita ikhlas berkawan, semua kerja akan lebih mudah & senang..insyaAllah sharing is caring.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: