Powered by Blogger.
RSS
Sekadar perkongsian untuk rujukan bersama..

Doa Para Nabi dan Rasul memohon zuriat

Dalam kita memohon zuriat dari Allah Taala, tiada doa yang paling baik dan paling mustajab melainkan berdoa mengikut cara Nabi dan Rasul lebih-lebih lagi yang terakam dalam Al-Quran. Sebenarnya, para Nabi dan Rasul ada juga yang diuji oleh Allah lambat dikurniakan zuriat dan Allah sendiri telah merakamkan doa-doa mereka ini di dalam Al-Quran sebagai panduan kepada hambanya untuk memohon rezeki zuriat ini. Antara Nabi dan Rasul yang diuji dalam hal ini ialah Nabi Zakaria Alaihissalam. Terdapat juga doa-doa lain yang dirakamkan di dalam Al-Quran berkaitan zuriat seperti doa Nabi Ibrahim Alaihissalam. Berikut adalah sebahagian doa. (sila rujuk Al-Quran dan terjemahannya).


1) Surah Ali Imran ( Ayat 38)

2) Surah Al Maidah (Ayat 114)

3) Surah Hud ( Ayat 6)

4) Surah Ibrahim (Ayat 40-41)

5) Surah Al Anbiya' (Ayat 89)

6) Surah Al-Furqan (Ayat 74)

7) Surah As-Soffat (Ayat 100)


Berdoalah banyak-banyak kepada Allah disetiap pagi dan petang. 
Semoga saya dan anda semua beroleh keberkatan dan keampunan serta rezeki dari Allah Taala.
Amin Ya Rabbal Alamin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: